Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Saintis Menemui Cara Menghasilkan Wayar 60,000 Kali Lebih Halus Dari Rambut Manusia

Posted on Ogos 27, 2016Oktober 23, 2016

Pakar Mikrobiologi dari Universiti
Massachusetts Amherst telah menemukan cara untuk menghasilkan wayar elektronik
beribu kali ganda lebih halus dari rambut manusia. Menakjubkan bukan?
Rahsianya adalah “mirobial nanowires”,filamen
protein atau “pili” yang seakan-akan rambut halus dihasilkan oleh bakteria
tanah (Geobacter sulfurreducens) yang telah diubahsuai secara genetik.
Penyelidik memanipulasi bakteria itu menghasilkan wayar yang sangat halus dan
sangat konduktif terdiri daripada asid amino semula jadi.
Mereka juga menggantikan dua asid amino
semula jadi dalam bakteria Geobacter dengan typtophan, dan mendapati ia 2000
kali lebih konduktif. Ia juga menjadi lebih kecil dan tahan lebih lama dengan
diameter berukuran 1.5 nanometer( 60,000 kali lebih halus daripada rambut
manusia).
Dr. Derek R. Lovley, ketua pasukan
penyelidik berkata wayar itu boleh di hasilkan secara berterusan kerana ia
dibuat daripada bahan-bahan yang murah. Sebagai contoh asid asetik, bahan utama
di dalam cuka yang terhasil dari penapaian bakteria.

Pastinya wayar nano ini akan membantu
pakar-pakar dari seluruh dunia mencipta peralatan canggih pada masa hadapan.
Sama-sama kita nantikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress