Saintis kini mendakwa oksigen bumi yang wujud sehingga kini adalah kesan daripada putaran bumi yang lebih perlahan berbanding 4.5 bilion tahun dahulu.

Walaupun perbezaan kelajuan putaran bumi tidak dirasai manusia, tetapi perubahan yang berlaku pada kelajuan pergerakan planet ini amat mempengaruhi kehidupan bumi.

Salah satu kesannya adalah pertambahan kepada penghasilan oksigen bumi.

Dapatan hasil kajian oleh ahli saintis itu diterbitkan dalam Jurnal Nature bertajuk “Possible link between Earth’s rotation rate and oxygenation“.

Our research suggests that the rate at which Earth is spinning – in other words, its day length – may have had an important effect on the pattern and timing of Earth’s oxygenation.” Penyelidik.

Penyelidik menerangkan, terdapat 2 komponen utama kepada pertambahan penghasilan oksigen bumi yang bermula sekitar 2.4 bilion tahun dahulu.

Komponen pertamanya adalah putaran bumi yang menjadi lebih perlahan. Saintis menyatakan, sekitar 1.4 bilion tahun dahulu putaran lengkap bumi hanya mengambil masa 18 jam sahaja sehari berdasarkan bukti dari rekod fosil.

Bukti mencadangkan putaran bumi menjadi semakin perlahan dengan penambah masa putaran sebanyak 1.8 milisaat pada setiap abad.

Komponen kedua kepada faktor pertambahan penghasilan oksigen bumi pula dipercayai mempunyai kaitan dengan satu keadaan yang dikenali sebagai Great Oxidation Event di mana cyanobacteria muncul dalam kuantiti yang banyak secara mendadak di muka bumi.

Klu kepada pertambahan penghasilan oksigen bumi sejak 2.4 bilion tahun dahulu ditemui saintis apabila mereka mengkaji hidupan di dalam Tasik Huron yang terletak bersempadanan antara Michigan, Amerika (A.S) dan Ontario, Kanada.

Hidupan mikrob berwarna putih dan hijau yang ditemui saintis melitupi batuan di dalam tasik Huron. Kredit: Phil Hartmeyer, NOAA Thunder Bay National Marine Sanctuary)

Pada ke dalaman 91 meter, saintis menemui hidupan mikrob berwarna-warni  yang menghasilkan oksigen melalui pross fotosintesis dan mikrob yang memakan sulfur serta melepaskan sulfate.

Saintis menyatakan bahawa bentuk hidupan mikrob berwarna di dalam tasik itu adalah hampir menyerupai dengan bentuk hidupan bakteria terawal yang wujud di bumi bilion tahun dahulu.

Sumber: Live Science, Science Alert

Baca juga: Satelit Mendedahkan Suhu Permukaan Lingkaran Artik Mencecah Sehingga 48 Darjah Celsius

Baca juga: Kenapa Atmosfera Matahari Lebih Panas Dari Permukaannya?

Mari Kenali Satelit – Teleskop Angkasa Spitzer

Letusan Gunung Berapi Mungkin Penyelesaian Isu Pemanasan Global