Sekumpulan penyelidik di MIT (Massachusetts Institute of Technology) telah berjaya membangunkan sebuah pemproses yang bukan sahaja mampu menyaingi sinaps otak, malahan jauh lebih pantas lagi.
Sinaps adalah titik perhubungan di mana neuron berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain, dan juga sebagai medium penghantaran maklumat.
Kelebihan Pemproses Dari MIT
Mengikut artikel kajian mereka, pemproses ini mempunyai ketahanan yang lebih hebat berbanding yang lain kerana ia dibina daripada bahan organik tahan lasak.
Menariknya lagi, pemproses ini boleh beroperasi dengan optimum di suhu bilik. Ini bermaksud ia tidak memerlukan sistem penyejukkan yang menelan kos yang tinggi.
Utamanya, pemproses ini mampu memproses sejumlah data yang sangat banyak dan besar hanya dalam sepersejuta saat. Oleh itu, pemprosesan ini boleh dianggap sebagai antara yang terpantas di dunia ketika ini.
Harapan Untuk Masa Depan
Dengan kemampuan pemprosesan yang padu dan berkemampuan tinggi serta kos penghasilan yang mesra bajet, pemprosesan ini boleh diaplikasikan dalam sektor perubatan, kereta tanpa pemandu dan mahupun bidang ketenteraan.
{suggest}
Sumber: Science and Stuff
Gambar utama: Discover Magazine