Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Saintis Bangunkan Bateri Baru, Tawar 4 Kali Ganda Kapasiti Bateri Litium-Ion

Posted on Disember 14, 2022Disember 15, 2022

Pasukan saintis di University of Sydney telah berjaya membangunkan bateri sodium-sulfur yang mempunyai potensi untuk menggantikan bateri litium-ion.

Hal ini demikian kerana bateri tersebut didakwa mampu menyimpan 4 kali ganda kapasiti bateri litium-ion. Tambahan lagi, ia juga lebih mesra alam, lebih murah untuk dihasilkan dan mungkin  juga mampu mengurangkan kos storan tenaga.

Bateri Sodium-sulphur (Na-S)

Pada awalnya, bateri ini tidak banyak diberikan perhatian oleh para saintis dunia kerana kapasiti simpanan yang rendah dan kitaran hayat yang pendek.

Structure of the sodium-sulfur battery [29]. | Download Scientific Diagram

Walau bagaimanapun, pasukan saintis di University of Sydney telah berjaya mempertingkatkan keupayaan bateri ini.

Bagaimana Bateri Ini Dihasilkan?

Mengikut kajian yang telah diterbitkan mereka, pasukan saintis tersebut menggunakan proses pirolisis dan elektrod berasaskan karbon untuk meningkatkan kereaktifan sulfur dan keterbalikan tindak balas antara natrium dan sulfur.

Selain itu, bahan utama kepada bateri ini adalah sejenis garam cair yang diproseskan daripada air laut. Menariknya lagi, bahan ini lebih murah untuk dihasilkan dan lebih mesra alam berbanding bateri litium-ion.

{suggest}

Mengikut ketua pasukan, Shenlong Zhao bateri Sodium-sulphur telah berjaya dihasilkan dan diuji, perancangan masa depan mereka adalah untuk mempertingkatkan dan mengkomersialkan bateri ini.

Sumber: Science Stuff

Gambar utama: IEEE Spectrum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress