Apple akhirnya mengesahkan khabar angin yang mengatakan iPhone 7 akan hadir dengan kamera Dwi-Lensa dan juga tanpa lubang untuk headphone.
Apple mengesahkan perkara itu di majlis pengumuman iPhone 7 dan Apple Smart Watch 2 sebentar tadi.
Tim Cook menyifatkan iPhone 7 sebagai telefon pintar paling advance di dunia, sekata dengan iOS 10.
“Sudah tentu, sistem operasi telefon yang paling advance memerlukan telefon yang paling advance. iPhone 7.”, kata Cook.
- Antara ciri penting pada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus
- iOS 10
- Butang Home baru dengan pelbagai fungsi & ciri baru
- Kalis air & debu
- Kamera hadapan 7MP baru
- Kamera hadapan 12MP baru
- Dua kamera belakang 12 MP (iPhone 7 Plus sahaja)
- Skrin RetinaHD
- Speaker Stereo
- Cip pemprosesan baru A10 ( 2 teras + 2 teras lemah, 40% lagi laju dari cip A9)
- Cip GPU baru 6 teras
- Bateri 7 Plus tahan 1 jam lebih lama berbanding 6 Plus
- Storan didatangkan dengan 32GB, 128GB dan 256GB.
- Harga sama dengan iPhone 6 & iPhone 6 Plus
Ini beberapa foto yang berjaya dirakam.
Kamera iPhone 7 |
Kamera iPhone 7 Plus |
Foto yang diambil menggunakan iPhone 7 Plus |
Airpods |
Airpods |