Model terbaru iPhone 12 yang berada sedang berada dipasaran telah pun dilancarkan pada Oktober 2020 lalu.

Jadi, kini hanya tinggal lebih kurang 4 bulan sahaja lagi model terbaru telefon pintar Apple iaitu iPhone 13 akan dilancarkan.

Jadi, ini adalah masa bertenang bagi mereka yang bercadang mahu membeli iPhone 12 ketika ini.

Pada pendapat penulis, adalah satu kerugian bagi anda jika membeli model iPhone 12 sekarang.

Baca juga: Pengeluaran Cip A15 Untuk iPhone 13 Dilapor Akan Bermula Mei Ini

Apple ada menawarkan warna baru bagi siri iPhone 12 yang didatangkan dalam warna Ungu pada April lalu.

Ini kerana, iPhone 12 sudah pun berusia 8 bulan dan hampir mencecah setahun dari tarikh ia dilancarkan.

Jika anda bersabar dalam tempoh 4 bulan ini, anda boleh mendapatkan model terbaru iPhone 13 yang dijangka akan dilancarkan antara bulan September atau Oktober nanti.

Kesabaran itu pasti berbaloi kerana pelbagai khabar angin menarik tentang iPhone 13 hangat diperkatakan.

Antara ciri baru yang dijangka akan diperkenalkan Apple pada iPhone 13 adalah seperti skrin dengan kadar segar 120Hz, kapasiti bateri yang lebih besar serta rekaan takuk yang lebih kecil.

Apa yang pastinya adalah iPhone 13 akan dilengkapi dengan perkaksan yang lebih baik dari model yang ada ketika ini.

Sementara model iPhone 12 dan sebelumnya pula pasti akan diturunkan harga pada harga yang mampu milik dan lebih berbaloi dimiliki selepas iPhone 13 ditawarkan dalam pasaran tempatan.

Tetapi walau apa pun, terpulang kepada anda. Kalau dah tergedik-gedik nak juga beli siri iPhone 12 tu, apakan daya. Tepuk dada tanyalah selera.

Baca juga: Peminat iPhone Mungkin Tak Berapa Berkenan Dengan Reka Bentuk Baru iPhone 13 Nanti