Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rupa Seperti Pro, AirPods Gen 3 Kini Boleh Didapati Dengan Harga RM829

Posted on November 18, 2021

Seiring dengan pembelian MacBook Pro baharu, AirPods Generasi Ketiga (Gen 3) juga sudah boleh didapati di Malaysia.

AirPods Gen 3 menampilkan rupa seperti model AirPods Pro tetapi terdapat beberapa sedikit perbezaan. Antaranya adalah tiada tip silikon dan tiada fungsi pembatalan hingar aktif (ANC).

Namun, ia tetap dilengkapi Spatial Audio, Dolby Atmos, Adaptive EQ, bateri tahan lebih lama dengan sokongan pengecasan MagSafe serta perlindungan IPX4 kalis peluh dan air.

Harga jualan rasmi buat pasaran tempatan adalah RM829 yang boleh dibeli menerusi laman rasmi Apple. Jika mengikut laman tersebut, penghantaran hanya mengambil masa selama sehari sahaja.

Baca juga:

  • Apple Buat Kejutan, Jual Alat Gantian ‘Ori’ Dan Boleh Baiki Sendiri Di Rumah

  • MacBook Pro Dengan Cip M1 Pro Dan M1 Max Dah Boleh Dibeli

  • Watak Disney Akan Berentap Dalam Permainan Terbaru Apple Arcade

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress