Di bulan Ramadhan ini, mungkin anda menerima banyak hadis-hadis daripada platfom media sosial. Walaubagaimanapun, mungkin juga terdapat daripada hadis-hadis yang dikongsikan itu diragui kesahihannya.
Jadi, bagi mengelakkan anda daripada terjebak dengan penyebaran hadis yang diragui dan tidak sahih, anda boleh merujuk dahulu status sesebuah hadis itu dengan menggunakan aplikasi Smart Hadith.
Aplikasi Smart Hadith ini dibangunkan dengan kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multi Media Malaysia (SKMM).
Aplikasi pintar ini membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai koleksi hadis secara percuma berdasarkan kitab, bab, perawi dan lain-lain, sekaligus memudahkan pengguna menyemak status sebuah hadis itu sama ada ia adalah hadis sahih atau pun palsu.