Intel melaporkan bahawa mereka telah mencatatkan kerugian sebanyak USD500 juta (~RM2,227,500,000.00) kesan daripada permintaan yang rendah dalam industri.
Intel juga memaklumkan mereka berdepan dengan tekanan inflasi harga menyebabkan mereka akan menaikkan harga cip mereka pada suku ke-4 tahun ini.
Ia dimaklumkan sendiri oleh Ketua Kewangan Intel, David Zinsner baru-baru ini.
“Kami akan menaikkan harga. Kenaikkan harga ini akan bermula pada suku ke-4…” David Zinsner.
Walaubagaimanapun, Intel tidak menyatakan secara jelas kadar kenaikkan harga cip mereka.
Tetapi terdapat khabar angin mengatakan Intel akan menaikkan harga cip mereka antara 10% hingga 20% pada tahun ini.
Selain itu, Intel juga mengesahkan menamatkan sepenuhnya perniagaan memori Optane dan menjual perniagaan dron mereka.
Sumber: The Register