Dua lambang ikonik era 1980-an, permainan Rubik’s Cube dan G-Shock bekerjasama menghasilkan jam tangan terbaru edisi terhad. Menggunakan model GAE-2100, ia menampilkan tiga sisi dari Rubik’s Cube, berwarna biru, merah dan kuning pada dial jam.
Jam tangan ini didatangkan dengan bezel putih dengan tulisan warna hijau dan oren. Ia juga hadir dengan tali jam berwarna hitam, buckle berwarna oren, dan keeper berwarna hijau.
Bahagian belakang jam pula diperbuat dari keluli tahan karat yang diukir dengan logo Rubik dan G-Shock.
Bukan itu sahaja, jam G-Shock x Rubik’s Cube ini turut hadir dengan bezel hitam yang boleh ditukar ganti. Peminat G-Shock pasti tahu model GAE-2100 terkenal dengan struktur bezel tanpa skru yang membolehkan bezel diganti dengan mudah.
Jam tangan G-Shock x Rubik’s Cube tentunya tidak akan lengkap tanpa kotak khasnya.
Kotaknya diperbuat daripada plastik, bertemakan warna dari Rubik’s Cube sendiri. Dengan penjenamaan dari dua nama hebat ini, rekaan kotaknya ringkas tapi menarik.
Rubik’s Cube telah dicipta pada tahun 1974 di Hungary dan pada asalnya dinamakan “Magic Cube”. Ia dikeluarkan ke seluruh dunia sebagai Rubik’s Cube pada tahun 1980 dan telah terjual sebanyak 450 juta unit sehingga kini.
Jam tangan terbaru Casio G-Shock x Rubik’s Cube dijadualkan akan tersedia di Malaysia pada bulan April 2022 dengan harga RM729.
Selain dari kedai G-Shock seluruh negara, anda juga boleh dapatkannya di kedai dalam talian G-Shock Casio Malaysia.
Sumber: lowyat.net
Baca juga: