Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Roku Bakal Gunakan Nama Premiere Dan Ultra Untuk Model Baharu Mereka

Posted on Ogos 29, 2016Oktober 23, 2016

Tiada lagi nama mengikut turutan nombor untuk produk baharu, itulah yang akan dilakukan oleh Roku. Mungkin ada diantara anda yang tertanya-tanya mengenai syarikat ini. Roku merupakan syarikat pengeluar pemain media aliran (streaming media player) yang mengambil kandungan internet dan memaparkannya di TV lebih kurang sama seperti HyppTv.

Menurut  Zatz Not Funny, model yang akan datang bakal menggunakan nama seperti ” Roku Express” dan ” Roku Premiere” dan ura-ura mengatakan terdapat 5 model yang akan dikeluarkan.

Roku Express dan Roku Express Plus akan menggantikan Roku 1 walaupun tidak dinyatakan apa-apa perbezaan antara dua model baharu itu. Salah satu model mungkin dilengkapi dengan pemproses yang lebih laju dan alat kawalan yang lebih baik. Roku 2 dan 3 bakal digantikan dengan Roku Premiere dan Roku Premiere Plus dan kedua-dua model ini dijangkakan menyokong paparan 4K. Buat masa ini hanya Roku 4 yang menyokong video Ultra HD. Dikhabarkan juga Roku Premiere serasi digunakan video HDR yang bakal memberi pengalaman hebat ketika menonton.

Model terakhir yang dijangka keluar adalah Roku Ultra yang pastinya menggantikan Roku 4. Roku Ultra menawarkan ciri pengesan jarak jauh dan output audio optik. Ia juga akan menyokong aliran HDR.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress