ASUS hari ini memperkenalkan komputer riba (laptop) baharu menerusi ROG Strix G15 dan G17 Advantage Edition. Menariknya, “mesin” gaming ini dimuatkan dengan padanan cip serta kad grafik AMD yang baru.

Komputer riba ini dilengkapi cip AMD Ryzen 9 5900HX (8 teras, 16 bebenang) yang digandingkan bersama grafik AMD Radeon RX6800M yang mana sebuah GPU khusus untuk komputer riba baharu.

Baca juga – AMD Umum Dua Cip Ryzen 5000 Siri-G Untuk “Desktop”

Selain itu, ia turut menyokong AMD SmartShift dan Smart Access Memory yang mana teknologi terbaharu daripada AMD. Secara ringkas, gandingan CPU dan GPU ini dapat memberikan prestasi yang lebih cemerlang.

Di dalam juga terbina memori sehingga 32GB RAM DDR4 3200MHz dan storan M.2 SSD sehingga 1TB.

Dari segi paparan, dua saiz ditawarkan – 15 inci dan 17 inci. Tambahan lagi, terdapat pilihan dua panel berbeza – FHD 300Hz 100% sRGB atau WQHD 165 Hz 100% DCI-P3. Akan tetapi, masing-masing hadir dengan AMD FreeSync dan masa tindak balas 3ms.

Baca juga – Ini Harga Rasmi Bagi Barisan Laptop Asus Dengan Siri RTX 3050

Antara lainnya, sistem penyejukan yang mampu mengurangkan suhu sehingga 14°C, sistem pembesar suara Dolby Atmos dengan stereo 5.1.2, Smart Amp, USB-C dan bateri 90 Whr.

Buat masa sekarang, komputer riba gaming ini masih belum ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar ASUS ROG