Sebelum ini, Asus mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan telefon terbaru dalam siri ROG Phone 6 yang digelar siri ROG Phone 6D.
{suggest}
Setakat apa kita tahu, Asus mungkin akan memperkenalkan 2 model baharu – ROG Phone 6D / 6D Ultimate di mana tarikh pelancarannya pada 19 September ini.
The ULTIMATE thermal technology is coming on September 19!
The ROG Phone 6D Ultimate will feature a new advanced cooling system that allows airflow unlike any ROG Phone before.
You don't want to miss it ▶️ https://t.co/zYjln8DYT8#ROG #ROGPhone6DUltimate pic.twitter.com/ZFeoc6sYhd
— ROG Global (@ASUS_ROG) September 2, 2022
Terbaru, siri ROG Phone 6D bakal digandingkan sistem penyejukan paling efisien, berkuasa dan hebat dalam barisan Asus ROG Phone.

Tambahan lagi, model ROG Phone 6 Pro yang terbaru ketika ini sudah terbukti akan penggunaan tenaga yang cekap terutamanya ketika bermain ‘games’.
Apa Yang Kita Boleh Jangkakan
Peranti ROG Phone 6D Ultimate dikatakan akan dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9000+ dan cip MediaTek ketika ini sudah makin cekap dan baik dalam penggunaan tenaga.
Selain itu, Asus juga mengesahkan siri 6D ini bakal menggunakan teknologi sistem penyejukan yang baharu dan lebih baik daripada ROG Phone 6 Pro.
Jadi peranti ini berpotensi untuk menjadi peranti paling sejuk yang ada di pasaran nanti.
Sumber: 91mobiles