Walaupun dijual dengan harga lebih mahal berbanding keluaran yang lain, itu tidak menghalang pembeli dari mendapatkan iPhone X. Difahamkan hanya beberapa minit pembelian secara pra-tempah dibuka di beberapa buah negara, peranti itu habis terjual.
Penjualan terpantas dikatakan berlaku di China dimana iPhone X berjaya terjual hanya dalam masa 5 saat selepas ia dibuka. Tetapi itu belum cukup untuk mengejutkan anda kerana, kos gantian dan baik pulih untuk iPhone X adalah sekitar~RM1200 hingga mencecah angka lebih dari .~RM2300.
Cas tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu $279 (~RM 1181) skrin paparan OLED gantian manakala untuk membaiki lain-lain kerosakan akan dikenakan cas sebanyak $549 (~RM2324).
Ya itulah harga yang perlu anda bayar sekiranya anda membeli iPhone X tanpa perlindungan AppleCare+. Menerusi servis perlindungan AppleCare+, kos baik pulih mampu diserap sehingga $29 (~RM 123) skrin gantian dan $99 (~RM 420) baiki lain-lain kerosakan. Harga yang tertera ini hanyalah untuk pengguna Amerika Syarikat dan sudah pasti untuk pengguna di Malaysia ia boleh menjangkau angka yang lebih tinggi lagi.
Sumber: Apple Support via Amanz, 9to5Mac