Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, banyak aktiviti perniagaan yang terkesan. Lebih-lebih lagi bagi peniaga kecil-kecilan dan ada juga yang mula berjinak-jinak memulakan perniagaan untuk menampung perbelanjaan.

Lanjutan daripada itu, Bigo platform penstriman yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia kini tampil dengan inisiatif Bigo Marketplace. Ia merupakan langkah seterusnya dari platform itu selepas kejayaan acara Bigo Pasar Malam yang dilancarkan penghujung Julai lepas.

Bigo Marketplace merupakan ciri baru yang tersedia pada aplikasi Bigo Live dimana ia boleh diakses pada bahagian Shop. Melaluinya, pengguna boleh melayari siaran penstrim video yang mengadakan jualan secara dalam talian.

Menurut syarikat, mereka menjanjikan tawaran dan promosi terbaik kepada pengguna disamping pengalaman beli-belah yang mudah dan lancar.

Sumber: Siaran akhbar Bigo Live

Baca juga: