Pihak kesihatan German mendakwa ribuan penduduk di German berkemungkinan tidak disuntik dengan suntikan vaksin COVID-19 selepas mereka mengsyaki seorang jururawat bertindak dengan menyuntik penerima vaksin dengan larutan garam (saline).

Menurut laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kesihatan German, jururawat itu mungkin telah menukarkan lebih daripada 8,500 dos vaksin COVID-19 dengan suntikan saline yang tiada fungsinya tapi tidak mendatangkan bahaya kesihatan terhadap tubuh badan manusia.

Dakwaan itu timbul selepas jururawat lain menemui sejumlah suntikan saline yang sepatutnya mengandungi vaksin COVID-19 di dalam fasiliti Pusat Suntikan Vaksin Roffhausen.

Ekoran daripada itu, jururawat tersebut telah dipecat dan siasatan sedang dijalankan. Tetapi hasil siasatan awal dipercayai suspek menentang program pemvaksinan tersebut.

Insiden itu dipercayai berlaku antara dari 5 Mac hingga 20 April lalu. Pihak kesihatan negara itu menggesa penerima vaksin dalam tempoh tersebut supaya kembali untuk divaksin semula.

Sumber: CNN