Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ribuan Pekerja Mercedes-Benz Diberikan Cuti Bergaji Akibat Isu Bekalan Cip

Posted on April 5, 2022April 5, 2022

Isu bekalan cip bukan sahaja memberi impak kepada industri peranti elektronik seperti telefon tetapi juga industri automotif. Hal ini kerana kenderaan zaman sekarang juga menggunakan banyak sistem digital dan elektronik.

Jenama dari Jerman, Mercedes-Benz akan meletakkan lebih 5,000 pekerjanya untuk bercuti (collective vacation) di dua kilang mereka di Brazil disebabkan kekurangan bekalan cip.

Menurut HR Consultant UK, collective vacation bermakna semua pekerja yang direhatkan akan tetap menerima gaji seperti biasa. Kalau di UK, ia perlu diberikan tidak kurang dari 10 hari.

Pengilangan kenderaan mereka di sana akan dihentikan dari 18 April hingga 3 Mei melibatkan 5,000 pekerja di kilang Mercedez-Benz di Sao Bernardo do Campo dan 600 staf di Juiz de Fora.

Mercedes berkata mereka sedang melaraskan pengeluaran trak, kabin trak, casis vas dan bahagian kenderaan lain akibat daripada krisis bekalan semikonduktor.

Menurut persatuan pekerja di Sao Bernardo do Campo, pada bulan lepas sahaja syarikat ini telah mencutikan kira-kira 1,200 pekerja dengan gaji juga atas sebab yang sama.

Sumber dan foto utama: Reuters

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress