Semasa acara Apple yang lalu, penerbit Capcom, Tsuyoshi Kanda, membuat kenyataan yang dua permainan siri Resident Evil mereka akan tersedia untuk siri iPhone 15 Pro dan iPad. Pertama, Resident Evil Village yang telah ada di Apple App Store pada minggu yang lalu. Kedua, Resident Evil 4 Remake.
Infiltrate the village, save baby Eagle!
Resident Evil 4 launches on December 20th for iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max and all iPads with the M1 chip or later! A demo will be available for those wanting a taste of Leon's intense mission!Pre-order on the App Store now! pic.twitter.com/4Pbz6Qigx3
— Resident Evil (@RE_Games) November 7, 2023
Seperti yang dinyatakan di X, Resident Evil 4 Remake ini hanya akan hadir untuk peranti iPhone 15 Pro, Pro Max dan semua siri iPad yang dikuasakan dengan cip M1 dan ke atas bermula 20 Disember 2023. Tambahan pula, anda boleh membuat pra-tempah dan dapatkan demo permainan ini di Apple App Store.
Resident Evil 4 Remake akan kenakan bayaran sebanyak RM244.90 untuk base game. Selain itu, anda juga boleh membeli permainan video ini sekali sahaja melalui Pembelian Universal Apple dan anda boleh mainkannya di semua platform Apple yang menyokongnya.
{suggest}
Sumber: X