Semalam, tular yang mana individu didaftarkan sebagai anggota RELA tanpa pengetahuan. Dalam erti kata lain, menjadi sukarelawan RELA dengan tidak rela.

Susulan daripada itu, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menafikan dakwaan tersebut kerana perbuatan itu bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di bawah Seksyen 6 (1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Baca juga – Nama Anda Mungkin Didaftarkan Sebagai Anggota RELA Tanpa Sedar

Mereka juga akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak atau individu yang sengaja memproses serta menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tersebut.

Selain itu, RELA juga kini dalam usaha untuk menamatkan anggota yang tidak aktif dan mencapai tempoh lima tahun melalui program pemutihan keanggotaan.

Oleh itu, sekiranya nama anda telah didaftarkan sebagai anggota RELA dan ingin menamatkannya, anda boleh hubungi 03-88703770 dan e-mel ke [email protected].

Sumber: Bernama