Siri Samsung Galaxy S adalah pencabar utama daripada Android kepada siri Apple iPhone. Sama seperti Apple, Samsung juga dikhabarkan bakal membawa perubahan baharu terutamanya dari aspek rekaan mereka.
Hal ini demikian kerana Samsung telah mengekalkan rekaan yang sama dalam siri Galaxy S23 dan S22 sebelum ini. Mengikut pemberi maklumat terkenal ICE UNIVERSE, model S24 dan S24+ bakal menampilkan rekaan tepi yang lebih tajam seperti iPhone.
Breaking
The middle frame design of S24 and S24+ has changed, and it has become a vertical frame design similar to iPhone. The picture shows Meizu 20, which is probably like this. pic.twitter.com/MG4hwn7pMQ— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) August 18, 2023
Tambah beliau lagi, Samsung Galaxy S23 Ultra berkemungkinan besar dalam model terakhir dengan skrin lengkung daripada Samsung.
Cherish the S23 Ultra in your hand, maybe this is Samsung's last curved screen phone.
— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) August 23, 2023
Tidak lupa juga, model Ultra mungkin menampilkan bezel yang tebal, nisbah skrin-ke-badan 88% – yang terendah untuk flagship Samsung sejak Galaxy S10.
According to the available data, the width of the S24 Ultra bezel (middle frame bezel + screen bezel) has broken a new record, reaching 3.42mm, which is about the same as the Galaxy A54.
Left: 3.42mm, Right: 3.42mm. Top: 3.0mm. Bottom 3.0mm (if symmetrical)
The screen-to-body… pic.twitter.com/ncUONRrJnE— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) August 23, 2023
Beliau juga mendakwa sisi tepi model S24 Ultra juga akan lebih rata berbanding yang sedia ada pada S23 Ultra ketika ini. Siri Samsung Galaxy S24 berkemungkinan akan hadir pada Februari tahun 2024 depan.
Beli Peranti Samsung di Shopee: https://invl.io/cljf124
Beli Peranti Samsung di Lazada: https://invol.co/cljf11r
Sumber: ICE UNIVERSE
Gambar utama: Yanko Design
{suggest}