realme sedia melancarkan tablet pertama mereka, realme Pad pada 9 September ini. Mereka menjanjikan sebuah tablet yang nipis dan ringan kepada pengguna.

Terbaru, realme akhirnya memperlihatkan rekaan sepenuhnya peranti tersebut. Melaluinya, ia tampil dengan skrin 10.4 inci dengan WUXGA+ (2000×1200) serta paparan 82.5% (screen-to-body).

Bagaimanapun, ia masih belum diketahui sama ada menggunakan panel IPS LCD atau AMOLED. Pun begitu, Ketua Pegawai Pemasaran realme sebelum ini pernah mengatakan tablet realme akan menggunakan AMOLED.

Khabar angin mendakwa tablet ini didatangkan cip MediaTek Helio G80, 4GB RAM, storan 64GB bersama-sama bateri 7100mAh. Harga dijangka adalah sekitar 20,000 rupee hingga 22,999 rupee (~RM1100-RM1300).

Sumber: realme

Baca juga: