Seperti sedia maklum, POCO bakal melancarkan telefon terbaru mereka, iaitu POCO X3 Pro. Namun, bukan itu sahaja, POCO F3 juga akan turut serta dalam acara yang diadakan pada malam ini.
Terbaru, rekaan bagi POCO F3 ini sudah tertiris. Berdasarkan imej yang didedahkan Ishan Agarwal, tiada perubahan yang ketara melainkan jenama POCO yang dilihat pada panel belakang.
Your very first look at the POCO F3 Official Renders!
Will be launching with Qualcomm Snapdragon 870 5G Chipset.
The design looks like the Redmi K40, as expected. What are your thoughts? #POCOF3 #POCO #PowerMeetSpeed pic.twitter.com/vvVSDbq4X9
— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) March 21, 2021
Perkara ini tidak pelik kerana telefon tersebut sendiri hanya dijenamakan semula dari Redmi K40 yang dilancarkan di China. Selain itu, POCO F3 ditawarkan dengan tiga pilihan warna, iaitu biru, hitam dan putih.
Jika nak dibandingkan, POCO F3 mungkin menjadi telefon pilihan peminat POCO memandangkan cip pemproses yang digunakan adalah Snapdragon 870.
Ia ditambah pula dengan harga yang dijangka sekitar bawah RM2000, menjadikannya idaman ramai. Walau apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran dua telefon baru POCO yang akan berlangsung pada jam 8 malam hari ini.
Sumber: Ishan Agarwal