OnePlus baru-baru ini mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan jam pintar pertama mereka bersama-sama siri OnePlus 9 pada 23 Mac ini.

Terbaru, OnePlus rasmi mendedahkan poster dan video acah berkaitan jam pintar tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diperlihatkan, OnePlus Watch bakal hadir dengan rekaan berbentuk bulat serta tali jam silikon. Selain itu, pada bahagian sisinya juga terukir nama jenama ini.

Menurut OnePlus, jam pintar mereka ini mampu menawarkan pengalaman terbaik buat penggunanya, iaitu dari segi menjejak langkah berjalan, memantau degupan jantung dan banyak lagi.

Antara spesifikasi lain berdasarkan ura-ura adalah, penarafan IP68 kalis air dan debu, sensor SpO2, penjejakan waktu tidur, penjejakan tekanan, mod berenang serta pengesan senaman automatik.

Selain itu, ia akan dilengkapi 4GB RAM dan teknologi pengecasan pantas Warp Charge yang mampu mengecas peranti dalam masa 20 minit sahaja.

Meskipun begitu, OnePlus Watch disahkan tidak menggunakan WearOS dan akan menggunakan sistem operasi sendiri yang belum diketahui namanya.

Dengan ini, aplikasi pada OnePlus Watch akan menjadi terhad akan tetapi prestasi dan baterinya mungkin adalah lebih baik berbanding WearOS.

Sumber: sparrownews, androidauthority

 

Beli produk OnePlus melalui:
Lazada (https://invol.co/cl301m6)
Shopee (https://invol.co/cl301lz)