Menjelang hari perasmian Huawei P20 yang dijadualkan berlangsung sebulan dari sekarang, anda boleh mengjangkakan lebih banyak maklumat mengenainya tertiris .
Terbaru, imej siri P itu telah terlihat dilaman TEENA dengan rekaan dwi kamera dibahagian belakang.
Ia sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya kerana khabar angin sebelum ini kuat mengatakan Huawei P20 bakal hadir dengan tetapan tiga kamera.
Selepas imej ini diperlihatkan, ramai percaya tetapan tiga kamera akan dipasang pada versi Plus.
Satu lagi imej tertiris menampakkan lagi rekaan takuk pada skrin hadapan kedua-dua model berkenaan.
Huawei P20 mempunyai pengimbas cap jari dibahagian hadapan, sementara Huawei P20 Plus diletakkan dibelakang.
Sumber: The Android Soul