realme V15 baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas dan spekulasi bahawa ia adalah peranti andalan daripada realme adalah tidak benar.
Namun, peminat realme mungkin boleh menarik nafas lega di mana realme akan melancarkan peranti andalan mereka iaitu realme Race Pro.
Menurut Ice Universe, peranti ini akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 888, RAM 12GB LPDDR5, bateri sebesar 5000mAh dan mungkin menyokong pengecasan pantas 125W.
Ia juga akan menjalankan realme UI 2.0 yang berasaskan ColorOS 11. Dalam pada itu, DigitalChatStation turut mengatakan bahawa peranti ini adalah OPPO Reno Ace 2 yang dinaik taraf kepada cip, bateri dan penyejukan yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, penamaan nama peranti ini masih belum rasmi dan mungkin ia akan menggunakan nama lain.
Sumber: mysmartprice