Samsung dijangka akan memperkenalkan peranti boleh lipat mereka, Galaxy Fold(nama belum rasmi) dalam tempoh beberapa jam sahaja lagi.
Dalam pada itu, pesaing hebatnya, iPhone pula kini dikatakan sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon dengan model rekaan yang sedemikian di masa akan datang.
Walaubagaimanapun, peranti tersebut dikatakan berbeza dengan Galaxy Fold. Ini kerana menurut imej konsep yang didedahkan oleh laman Lets Go Digital, peranti tersebut akan dilipat secara menegak(vertical) berbanding melintang(horizontal).
Imej ini dihasilkan seiring dengan rekaan paten yang dimiliki oleh pihak Apple sebelum ini. Akan tetapi, mereka dijangka tidak akan menghasilkan peranti ini dalam masa terdekat.
Sumber: Lets Go Digital PhoneArena