Redmi telah mengumumkan teknologi pengecasan pantas 300W mereka yang mampu mengecas daripada 0 ke 100% dalam masa 5 minit sahaja.
**Video di atas datangnya daripada akaun Weibo Redmi.
Redmi menggunakan peranti modifikasi Note 12 Discovery dengan bateri 4,100mAh (4,300mAh pada versi asal) dalam situasi yang dikawal.
Peranti itu hanya memerlukan 2 minit 11 saat untuk mencapai paras bateri 50% dan hampir 5 minit masa diperlukan untuk dicas sepenuhnya.
Teknologi ini menunjukkan kuasa pengecasan Redmi mampu mencapai paras pengecasan tertinggi hingga 290W selama 3 saat. Dan kekal pada paras 280W selama lebih 2 minit.
Oleh itu, angka 300W adalah sebuah teori sahaja. Pengecas yang digunakan adalah teknologi Double GaN yang ada lebih daripada 50 perlindungan keselamatan.
{suggest}
Sumber: Weibo