Sejak ia diperkenalkan pada awal Mac di Malaysia, telefon berkelas pertengahan dari Xiaomi, Redmi Note 10 Pro menjadi bualan hangat di merata-rata tempat.
Manakan tidak, Xiaomi meletakkan spesifikasi yang sangat baik tetapi dijual dengan harga murah dan berbaloi untuk dimiliki. Malah, skrin AMOLED 120Hz membuatkan ia lebih menarik.
Jika melihat corak telefon pintar yang ada di pasaran, belum ada lagi yang mampu memberikan tanda harga sebegitu.
Oleh itu, seiring dengan Mi Fan Festival 2021 (MFF), mereka melancarkan telefon ini dengan edisi khas MFF.
Tiada apa perkara baharu pada telefon tersebut melainkan kotak dan warnanya, iaitu Bronze serta satu konfigurasi memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.
Jika anda berminat, pra-tempahan sudah bermula hari ini dan dijual dengan tanda harga RM1099 menerusi gedung dalam talian Xiaomi di Shopee dan Lazada.