Terdahulu, terdapat maklumat dimana Xiaomi bakal menawarkan memori RAM tambahan bagi telefon pintar mereka. Kini, ia secara rasminya telah dilancarkan dan Redmi Note 10 Pro 5G menerima sokongan tersebut.

Dalam kemas kini baharu pada peranti itu, ia menawarkan 2GB RAM tambahan yang diambil daripada storan dalaman. Apabila diaktifkan, teknologi ini akan menggunakan ruang storan dan dijadikan sebagai RAM maya atau “virtual RAM”.

After the memory expansion is turned on, the system will provide an additional 2.00GB of running memory

Buat pengetahuan, Redmi Note 10 Pro 5G di China hadir dengan konfigurasi memori 6GB/8GB RAM. Bermakna, ia kini akan mempunyai 8GB/10GB RAM.

Tambahan lagi, teknologi ini bukanlah pertama digunakan kerana sebelum ini OPPO dan realme juga telah mula berbuat demikian pada telefon mereka.

Bercakap tentang Redmi Note 10 Pro 5G, POCO X3 GT yang sudah pun menerima pengesahan SIRIM adalah peranti dijenamakan semula dari telefon Redmi itu.

Sumber: gizpie

Baca juga – Ini Senarai 37 Peranti Pintar Xiaomi Yang Sudah Menerima MIUI 12.5 Setakat Ini

Baca juga – Redmi Note 10 5G – Jangan Kerana Hanya 5G…

Baca juga – Telefon ‘Flagship’ Xiaomi Baharu Mungkin Tampil Kamera 200MP

 

Klik pautan untuk beli produk Xiaomi:
Shopee (https://invol.co/cl31317)
Lazada (https://invol.co/cl3130q)