Bermula pelancaran siri iPhone 12, Apple tidak lagi menawarkan pengecas dalam kotak pembelian. Ia kemudian diikuti oleh Xiaomi yang juga melakukan perkara sama pada Mi 11. Bagaimanapun, dengan langkah yang sedikit berbeza di mana ia menawarkan dua pilihan iaitu tanpa pengecas atau bersama pengecas yang dibungkus berasingan dengan harga yang sama.

Samsung baru-baru ini turut melancarkan siri Galaxy S21 tanpa pengecas yang disertakan dalam kotak pembelian.

Terkini, Redmi juga dijangka tidak akan menyertakan pengecas dalam kotak pembelian Redmi Note 10. Menerusi kiriman Lu Weibing di Weibo, seorang pengguna telah meninggalkan komen yang mencadangkan tiada pengecas dalam kotak.

Redmi Note 10

Lu Weibing menerusi komen balas kemudiannya menyatakan “diterima”, yang mungkin bermaksud tiada pengecas yang akan disertakan dalam kotak peranti itu.

Dalam pada itu, peranti ini dijangka hanya akan diperkenalkan selepas pelancaran Redmi K40 yang akan dilancarkan akhir bulan Februari nanti.

Sumber: Weibo via GizmoChina