Xiaomi telah melancarkan siri Redmi K60 pada awal minggu ini di China. Berkemungkinan besar salah satu model siri itu bakal hadir ke pasaran global sebagai POCO F5 Pro.
Somebody could be confused, so let me make it clear:#RedmiK60 = #POCOF5Pro#RedmiNote12Speed = #POCOX5Pro5G#RedmiNote12 in China = #RedmiNote12 and #POCOX55G (POCO with 695)
Where is #POCOF5? Who knows…— Kacper Skrzypek 🇵🇱 (@kacskrz) December 28, 2022
Penulis MIUI Polska, Kacper Skrzypek membuat satu ciapan berkenaan kehadiran peranti tersebut ke pasaran global sebagai POCO F5 Pro.
Berdasarkan sumber, Redmi K60 dikuasakan Snapdragon 8+ Gen 1, skrin OLED beresolusi QHD+, bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 67W.
Dengan sokongan pengecasan wayarles pada Redmi K60, mungkin POCO F5 Pro menjadi model pertama dengan sokongan ciri tersebut.
{suggest}
Redmi K60 dijual pada harga permulaan 2,499 yuan di China, dan mungkin berada pada harga USD449 (~RM1986.15) untuk pasaran global.
Sumber: Android Authority
Gambar utama: GSMArena