Awal Februari lalu, kita disajikan dengan pengenalan siri Redmi K40. Varian standardnya juga, selamat tiba di pasaran tempat dengan nama POCO F3.

Susulan kejayaan siri tersebut, pengurus Redmi – Lu Weibing menerusi akaun weibo beliau bertanyakan kepada pengguna, apakah yang dimahukan mereka.

Walaupun tiada maklum balas dari Lu Weibing, DigitalChatStation memberikan sedikit gambaran berkaitan Redmi K50 akan datang.

Katanya, pembangunan awal peranti tersebut telah pun dijalankan. Ia hadir dengan beberapa peningkatan pada aspek pengecasan pantas, kamera dan kualiti skrin.

Imbas kembali, siri Redmi K40 lengkap dengan bateri sebesar 4520mAh tetapi pengecasan pantas hanya 33W. Ia tidak cukup baik jika nak dibandingkan dengan pesaingnya.

Apa-apa pun, Redmi K50 dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi, mungkin sekitar penghujung tahun 2021.

Sumber: Lu Weibing, DigitalChatStation

Baca juga – Redmi K40 Dilancar, Akan Dijenamakan Sebagai POCO Untuk Pasaran Global

Baca juga – Peranti Gaming Redmi Dijenamakan Semula Sebagai POCO

Baca juga –┬áIni Senarai Peranti Xiaomi Yang Berkemungkinan Besar Menerima Kemas Kini MIUI 13