Redmi baru sahaja melancarkan model komputer riba gaming pertama mereka iaitu Redmi G.
Ia dilengkapi dengan paparan 16.1 inci Full HD dalam pilihan 60Hz juga 144Hz. Rekaan bezelnya juga agak nipis di sekeliling kecuali pada bahagian bawah yang menampakkan logo Redmi G.
Ia dijana cip sehingga Intel Core i7-10750H dan juga pilihan antara Nvidia GTX 1650 dan 1650 Ti. RAM pula adalah 16GB serta storan dalaman 512GB berasaskan SSD.
Dari segi perisian, komputer riba ini turut dibantu “G Box” yang berfungsi untuk memantau suhu, serta kelajuan CPU dan GPU.
Di China, Redmi G dipasarkan bermula CNY 4,999 (~RM3,016).