Semalam Xiaomi Malaysia telah mengacah sebuah telefon Redmi baharu yang mungkin Redmi 9 Power melalui Facebook rasmi mereka.
Melalui poster yang dikongsikan, rekaan modul kameranya sama dengan Redmi 9 Power yang telah dilancarkan di India. Malah, peranti ini adalah seakan dengan Redmi Note 9 4G yang dilancarkan di China November lalu.
Walau bagaimanapun, apa yang pasti adalah Xiaomi akan melancarkan peranti Redmi baharu di Malaysia pada minggu hadapan.
Dalam pada itu, Xiaomi Malaysia akan memberikan 10 unit peranti baharu ini kepada peminatnya dengan menyertai peraduan melalui Facebook Xiaomi Malaysia. Peraduan tersebut bermula hari ini sehingga 7 Januari 2021.
Sumber: Xiaomi Malaysia