Beberapa hari yang lepas Xiaomi ada berkongsi imej sebenar Redmi 5 dan Redmi 5 Plus dan kini kedua-duanya telah dilancarkan secara rasmi.
Kedua-dua peranti ini dilihat sebagai penambahan dalam segmen bajet dan menariknya ia ditawarkan dengan nisbah paparan 18:9 yang kian popular.
Walaupun sama nisbah paparan, Redmi 5 mempunyai skrin yang lebih kecil sedikit dengan 5.7 inci paparan definisi tinggi. Bagi versi Plus pula ia menghadirkan ukuran 5.99 inci beserta paparan definisi tinggi penuh.
Lain-lain spesifikasi adalah seperti berikut…
Redmi 5
- Snapdragon 450
- RAM 2GB/ 3GB
- Storan dalaman 16GB/ 32GB
- bateri 3300mAh
- Kamera utama 12MP dan kamera selfie 5MP
- Harga berbeza mengikut variasi RAM dan Storan – CNY 799 (~RM 494) dan CNY 899 (~RM556)
Redmi 5 Plus
- Snapdragon 625
- RAM 3GB/ 4GB
- Storan dalaman 32GB/ 64GB
- bateri 4000mAh
- Kamera utama 12MP dan kamera selfie 5MP
- Harga berbeza mengikut variasi RAM dan Storan – CNY 999 (~RM 618 ) dan CNY 1299 (~RM803)
Penjualan model-model ini akan bermula 12 Disember di China dan desas-desus mengatakan ia akan hadir ke pasaran negara tidak lama lagi.