Sudah dicanang kehadirannya beberapa kali, akhirnya Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan secara rasmi peranti terbaru, Redmi 10 untuk pasaran tempatan.

Bakal dijual pada tanda harga RM649, Redmi 10 dilengkapi dengan skrin paparan 6.5 inci bersama resolusi FHD+ serta menyokong kadar segar semula 90Hz.

Bahagian dalaman peranti pula dimuatkan dengan cip MediaTek Helio G88, ditemani konfigurasi memori RAM 4GB+64GB, 4GB+128GB dan 6GB+128GB. Bagi memori tambahan, terdapat slot kad MikroSD yang menyokong sehingga 512GB.

Menariknya juga, peranti ini turut dihadirkan pembesar suara stereo dan juga mempunyai bicu audio 3.5mm.

Kelengkapan kamera pula dengan tetapan 4 kamera belakang terdiri daripada 50MP, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MP untuk bantuan bokeh. Sementara itu rakaman hadapan ditugaskan kepada kamera 8MP.

Selain itu, ia juga dibekalkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh dengan saluran kuasa sepantas 18W.

Namun begitu, untuk jualan di pasaran Malaysia hanya dua variasi sahaja yang ditawarkan iaitu RAM 4GB+64GB dan RAM 6GB+128GB. Masing-masing dijual pada harga RM649 dan RM749.

Redmi 10 akan mula dijual pada 20 Ogos ini iaitu Jumaat di kedai rasmi Xiaomi seluruh negara termasuk Lazada dan Shopee.

Baca juga:

Beli Redmi 10 dari;
Shopee:
https://invol.co/cl5mc4e
Lazada:
https://invol.co/cl5mc41