Kali terakhir Redmi mengeluarkan siri telefon pintar kelas permulaan adalah pada Januari tahun ini menerusi Redmi 9T. Terkini, laporan terbaru mengatakan Redmi 10 sudah pun melepasi agensi pensijilan IMEI dan FCC di AS.

Melalui senarai spesifikasi dikeluarkan FCC, Redmi 10 hadir dengan tiga varian iaitu 4GB+64GB, 4GB+128GB. dan 6GB+128GB. Antara lainnya, ia hadir dengan sistem operasi MIUI 12.5, Android 11, Wi-Fi dwi-jalur, dan menyokong 4G.

Walaupun tidak banyak spesifikasi yang dikongsikan setakat ini, kita boleh jangkakan ia akan menerima beberapa naik taraf dari model sebelumnya.

Antaranya adalah dari segi prestasi cip pemprosesan, skrin, kadar segar semula, dan sistem kamera. Dalam pada itu, Redmi 10T pula telah dijadualkan pelancarannya di India pada 20 Julai ini, yang mana ia dikelaskan sebagai peranti mampu milik untuk pasaran telefon pintar.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan pengumuman oleh Xiaomi kerana telefon pintar kelas pertengahan ini dikatakan sudah disahkan untuk pasaran India, Eropah, Rusia, Singapura, dan Malaysia.

Sumber: 91mobiles

Baca juga – Redmi K50 Dijangka Tiba Tahun Ini, Jauh Lebih Berkuasa

Baca juga – Redmi Note 10 Pro 5G Kini Sokong “Tambah” RAM