Adakah anda masih menggunakan siri Redmi 9? Kalau anda tidak berapa meminati siri Redmi Note 10, mungkin boleh pertimbangkan telefon Redmi 10.

Xiaomi telah mengesahkan kehadiran Redmi 10 buat pasaran yang mana beberapa spesifikasinya secara tidak sengaja telah didedahkan.

Redmi 10 akan dilengkapi skrin 6.5 inci FHD+ LCD dengan kadar segar semula 90Hz (adaptive sync). Turut hadir dengan cip MediaTek Helio G88 serta memori hingga 6GB RAM dan 128GB storan.

Dari segi rekaan, ia mirip telefon Mi 10 Ultra dan menarik lagi, Redmi 10 dilengkapi 4 lensa – 50MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 2MPĀ depth bersama-sama 8MP swafoto.

Lain-lain adalah bateri 5000mAh, pengecasan 18W berwayar dengan 9W berbalik, dwi-pembesar suara, 3.5mm bicu audio dan didatangkan pengecas 22.5W.

Telefon ini bakal menjalankan MIUI 12.5 yang berasaskan Android 11. Harga masih belum diketahui tapi berkemungkinan ia seakan Redmi Note 10. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pelancarannya.

Sumber: xda, xiaomi

Baca juga: