Nubia RedMagic 8S Pro akhir rasmi dan dilancarkan di China pada hari ini. Untuk pengetahuan anda, RedMagic 8S Pro menawarkan rupa, CPU dan sistem penyejukan yang lebih baik daripada pendahulunya.
Menariknya, peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 2 seperti yang telah dijangkakan, dan yang pertama sekali dalam pasaran.
Spesifikasi Nubia RedMagic 8S Pro
Snapdragon 8+ Gen 2 mempunyai konfigurasi dan spesifikasi yang sama dengan 8 Gen 2 for Galaxy. Tetapi hadir dengan nama yang neutral.
8S Pro menggunakan RAM LPDDR5X hingga 12GB dan storan UFS 4.0 hingga 512GB. Dan model RedMagic 8S Pro+ menawarkan hingga 2 kali ganda daripada variasi tersebut, iaitu sehingga 24GB.
Selain itu, peranti ini menggunakan sistem penyejukan ICE 12 yang lebih baik daripada RedMagic 8 Pro (ICE 11). Sistem ini mempunyai saluran udara yang dipertingkatkan dengan kipas 20K RPM dan pes haba 5W/mK.
RedMagic 8S Pro hadir dengan 3 pilihan warna – Aurora, Platinum dan Midnight.
Dari segi skrin, ia dilengkapi paparan AMOLED 6.8″ beresolusi 1,116 x 2,480p (20:9), kadar kecerahan maksimum 1,300 nits, liputan 100% DCI-P3 dan dilindungi Gorilla Glass 5.
Di samping itu, ia menyokong kadar segar semula 120Hz, kadar input sentuh 960Hz dan 2 butang trigger yang sokong masa tindak balas 7.4ms dan perisian yang dipertingkatkan untuknya.
RedMagic 8S Pro+ hadir dengan bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 165W. Dan 6,000mAh untuk 8S Pro dengan pengecasan 80W.
RedMagic 8S Pro mempunyai tetapan 3 kamera – 50MP, 8MP, 2MP dan 16MP swafoto. Peranti ini menggunakan RedMagic OS 8.0 berasaskan Android 13.
Harga dan Ketersediaan
Siri RedMagic ini akan mula dijual pada 11 Julai, Selasa depan untuk pasaran China. Berikut adalah harga setiap variasi untuk RedMagic 8S Pro dan 8S Pro+:
Red Magic 8S Pro:
- 8/128 GB – $550 (~RM2558.60)
- 8/256 GB – $610 (~RM2837.72)
- 12/256 GB – $690 (~RM3209.88)
- 12/512 GB – $790 (~RM3675.08)
Red Magic 8S Pro+:
- 16/256 GB – $760 (~RM3535.52)
- 16/512 GB – $800 (~RM3721.60)
- 16GB/1TB – $965 (~RM4489.18)
- 24GB/1TB – $1035 (~RM4814.82)
Akhir sekali, Nubia juga turut memperkenalkan RedMagic 8S Pro+ edisi terhad Bumblebee (16GB / 512GB) yang dijual pada harga CNY6,500 (~RM4176.49).
{suggest}