Peranti gaming terbaru, REDMAGIC 8S Pro diumumkan bakal memasuki ke pasaran Malaysia pada hari Khamis 3 Ogos ini.
Pendahulunya, REDMAGIC 8 Pro telah dilancarkan pada awal tahun ini dan ia antara peranti gaming terbaik pada tahun 2023.
Buat versi 8S Pro, ia menawarkan prestasi cip platform Snapdragon 8 Gen 2 yang telah dipertingkatkan. Dalam bahasa mudah, cip yang digunakan lebih berkuasa dan cekap berbanding Snapdragon 8 Gen 2 yang standard.
Namun begitu, terdapat khabar angin bahawa cip yang digunakan adalah Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy dan ia telah dijenamakan semula untuk kegunaan jenama-jenama lain.
{suggest}
Walau bagaimanapun, REDMAGIC 8S Pro bakal menjadi antara peranti pintar paling berkuasa pada tahun 2023 ini. Jadi, sama-sama kita nantikan pelancarannya di Malaysia pada minggu depan.
Sumber: Siaran Akhbar REDMAGIC