Reddit kini mengumumkan telah mengambil alih platform video pendek, Dubsmash. Bagaimanapun, syarikat itu tidak memaklumkan nilai perolehan Dubsmash.

Dalam kenyataan itu, Reddit turut menyatakan platform dan jenama akan dikekalkan sebagai Dubsmash. Akan tetapi, peralatan mencipta video inovatif yang tersedia di Dubsmash akan diintegrasikan dalam platform Reddit. Walaupun Reddit telah menyokong muatnaik video sejak 2017, namun peralatan suntingan video yang tersedia adalah terhad.

Berdasarkan data Crunchbase, Dubsmash telah mengumpul sebanyak USD20.2 juta daripada pelabur termasuk Lowercase Capital, Index Ventures, Eniac Ventures, Heartcore Capital dan Sunstone Life.

Dubsmash kini menjadi salah satu saingan terbesar TikTok, dengan kemuncak kejayaannya adalah sekitar tahun 2015. Setelah itu, popularitinya semakin menurun semenjak kemunculan TikTok.

Sumber: Reddit via TechCrunch