Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menyenaraikan sebanyak 17 pelepasan cukai yang boleh dituntut.

Salah satu yang tersenarai dalam Pelepasan Cukai bagi Tahun Taksiran 2020 adalah Gaya Hidup iaitu sebanyak RM2500.

Pelepasan cukai bagi kategori Gaya Hidup itu meliputi perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak. Ia termasuklah:-

  • pembelian bahan bacaan – Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang)
  • bayaran langganan internet (Atas nama sendiri)
  • pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium
  • pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan

Walaubagaimanapun sebelum ini dalam pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah mencadangkan bahawa had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan daripada RM2,500 kepada sehingga RM3,000 di mana tambahan sehingga RM500 dikhususkan bagi perbelanjaan peralatan sukan, bayaran kemasukan, sewaan fasiliti sukan dan penyertaan pertandingan sukan.

Malah skop pelepasan cukai bagi surat khabar bercetak juga akan diperluaskan meliputi langganan surat khabar elektronik.

Ini bermakna, akan terdapat perubahan pada paparan ini sepertimana yang dinyatakan oleh pihak LHDN “Paparan ini sah sehingga pindaan baharu diwartakan”.

Sumber: LHDN, Laman Khas Belanjawan 2021