ASUS ROG Malaysia hari ini umum promosi jualan akhir tahun buat barisan komputer riba gaming mereka – ROG STRIX Scar 15/17 dan ROG Strix G15/17.
Mereka menawarkan diskaun sehingga RM 600 mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020 (sementara stok masih ada).
Mengimbas kembali, ROG STRIX Scar 15 dijana cip pemproses Gen-10 Intel i7-10875H digandingkan dengan kad grafik RTX 2060/2070/2070 super.
Manakala, ROG G15/17 menggunakan cip pemproses Gen-10 Intel i7-10750H serta kad grafik RTX 2060 atau GTX 1660 Ti.
Jika anda berminat, tawaran ini berjalan sehingga 31 Disember dan boleh dibeli melalui kedai pengedar ROG yang sah.