Pada tahun lepas, realme telah memperkenalkan siri realme X7 yang mempunyai spesifikasi berkuasa untuk pasaran China. Namun sayangnya telefon ini tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Terkini dari realme Malaysia, selepas beberapa bulan berada di pasaran, mereka kini telah memaklumkan ia bakal diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Menurut pihak realme, mereka akan melancarkan realme X7 Pro 5G, varian paling berkuasa untuk pasaran tempatan pada 26 Januari 2021 ini.

Ia bakal dilancarkan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi realme Malaysia pada pukul 12 jam tengah hari.

realme Malaysia tidak berkongsikan dengan lebih lanjut penawaran spesifikasi yang terdapat pada realme X7 Pro 5G ini.

Namun di China sebelum ini, ia hadir dengan spesifikasi agak berkuasa seperti MediaTek Dimensity 1000+ dan panel 120Hz AMOLED.

Secara tradisi, realme Malaysia mungkin akan mengacah spesifikasi telefon pintar ini sedikit demi sedikit pada media sosial mereka menjelang tarikh pelancarannya.

Sumber: realme Malaysia