Realme kini semakin rancak dengan penawaran telefon pintar dan model terbaharu yang mendarat rasmi dipasaran tempatan adalah realme X3 SuperZoom.
Merupakan peranti yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+, model ini terdapat dalam dua variasi penawaran iaitu RAM 8GB/128GB serta RAM 12GB/256GB. Masing-masing bakal dijual pada harga RM1999 dan RM2299.
Bersempena dengan jualan rasmi pertama, variasi RAM 8GB/128GB boleh dimiliki pada harga lebih murah iaitu RM1799, jimat RM200 berbanding harga asal. Ia ditawarkan hanya untuk jualan di Lazada sahaja pada 2 Jun 2020 tepat jam 12 tengah malam dan disediakan dalam stok yang terhad.
Sementara itu bagi model RAM 12GB/256GB ia boleh didapati bermula 6 Jun 2020 disemua pengedar rasmi realme seluruh Malaysia. Kedua-dua peranti mempunyai pilihan warna antara Arctic White dan Glacier Blue.
Selain itu, pembelian realme X3 SuperZoom akan diiringi dengan lanjutan waranti selama 1 tahun. Bagi versi paling tinggi juga, realme Fans akan menerima satu realme Buds Air secara percuma.