realme Malaysia dengan slogan “Dare to Leap” telah diiktiraf dengan beberapa gelaran sehingga akhir tahun ini. Berdasarkan Android Authority– penerbitan bebas atas talian yang merupakan suara bagi dunia Android dan teknologi, realme X2 Pro telah disenaraikan sebagai Peranti Android Terbaik pada 2019. Peranti ini dilancarkan di Malaysia pada awal Disember lalu.
Android Terbaik: realme X2 Pro Pemenang 2019
Dengan skor keseluruhan 46.76, realme X2 Pro telah mendahului dua lagi model Android iaitu Samsung Galaxy S10 Plus dan Xiaomi Mi 9. realme X2 Pro secara konsisten telah mendahului dari prestasi, audio dan bateri. Manakala Samsung Galaxy S10 Plus mendahului dari segi paparan dan kamera.
Android Terbaik: Bateri
Bagi kategori ini, realme X2 Pro bukan sahaja peranti dengan jangka hayat bateri yang panjang tetapi pada masa yang sama mempunyai pengecasan terpantas dengan 50W SuperVOOC Flash Charge. Dengan kapasiti bateri 4000mAh, ia adalah lebih dari cukup bagi penggunaan seharian untuk aplikasi, melayari internet dan video.
Android Terbaik: Prestasi
Dengan skor 100%, realme X2 Pro merupakan salah satu daripada tiga peranti paling berkuasa di pasaran pada tahun ini dengan Asus ROG Phone 2 (99.4%) dan OnePlus 7T (99.2%). Cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 855 Plus telah menguasakan ketiga-tiga peranti ini dan mungkin tidak mengejutkan jika hanya sedikit perbezaan antara peranti ini dari segi prestasi puncak.
Android Terbaik: Audio
Satu lagi pencapaian lain bagi realme X2 Pro ialah dengan skor teratas 99% menjadikannya Peranti Top 20 dengan Audio Cemerlang.
Model lain yang membuat skor yang sama adalah Redmi Note 7S dan LG G8X. realme XT juga tersenarai dengan skor sebanyak 95%. Semua peranti Android dalam senarai tersebut disenaraikan berdasarkan apa yang ditawarkan dan Android Authority mempertimbangkan sebagai audio “persepsi sempurna” bagi fon kepala.