Penawaran jam pintar dari realme tidak lama lagi akan lebih meriah dengan model lebih premium iaitu realme Watch S Pro.
Seperti namanya, ia akan membawakan fungsi dan ciri lebih menarik seperti skrin AMOLED berbanding model realme Watch S biasa.
Bersama-sama skrin AMOLED, skrinnya adalah bersaiz 1.39 inci dan dilengkapi dengan kerangka tahan karat.
Dari segi ketahanan bateri, ia mampu beroperasi selama 14 hari dengan pengecasan penuh selama 2 jam.
Akan terdapat 15 mod sukan, ciri pemantauan degupan jantung, SpO2, dan juga kalis air 5 ATM.
realme sudah mengumumkan tarikh pelancaran jam ini iaitu pada 23 Disember. Jika anda berminat dengannya, boleh nantikan pelancarannya dalam beberapa hari lagi.