realme Watch S Pro telah dilancarkan pada Disember yang lalu di India. Kini, giliran pasaran tempatan pula di mana realme Malaysia mengesahkan ia akan dilancarkan 21 Januari ini.
realme Watch S Pro ini menggunakan skrin AMOLED bersaiz 1.39 inci dan baterinya mampu beroperasi selama 14 hari.
Dilengkapi 15 mod sukan, ciri pemantauan degupan jantung, SpO2 dan juga kalis air 5 ATM.
Pelancaran ini akan dilakukan secara atas talian dan anda boleh menontonnya secara eksklusif menerusi Facebook realme.
Sumber: realme