realme membuat kemunculan pertama dengan produk jam penjejak kesihatan iaitu realme Watch pada Mei lalu. Kini, realme memperkenalkan satu lagi jam terbaharu iaitu realme Watch S.
realme Watch S mempunyai rekaan berbeza dengan realme Watch kerana ia menggunakan rekaan skrin bulat. Resolusinya juga adalah lebih tinggi pada 360 x 360 pixel dengan ukuran 1.3 inci.
Skrin ini juga bertindak balas dengan cahaya membuatkannya lagi jelas jika menerima cahaya lebih terang.
Kerangka realme Watch S diperbuat dari aloi aluminium yang berbeza dari plastik pada realme Watch sebelum ini. Tali jam pula adalah dari silikon.
Dari segi fungsi, realme Watch S dimuatkan dengan pemantauan kadar degupan jantung, tidur dan oksigen dalam darah. Terdapat juga 16 mod sukan dengan tambahan terbaharu Stationary Bike dan Rowing Machine.
realme Watch S juga mempunyai penarafan IP68 serta bateri 390mAh dengan ketahanan 15 hari. Buat masa ini, jam ini dijual pada harga PKR 14,999 (~RM389) di Pakistan sahaja.
Sumber: realme