Selepas pelancaran produk AIoT April lalu, Malaysia menjadi negara pertama akan melancarkan realme Watch 2 Pro pada 20 Mei ini.
realme Watch 2 Pro mempunyai paparan lebih besar dan berprestasi tinggi beserta mod sukan lebih banyak.
Antara produk lain yang akan dilancar dalam pelancaran AIoT Sports adalah realme Buds Wireless 2 dan Buds Wireless 2 Neo. Selain itu, realme akan turut memperkenal realme Pocket Bluetooth Speaker.
Peranti-peranti audio terbaru ini didatangkan dengan ciri luar biasa yang memberi pengalaman mendengar lebih lancar dan fleksibel.
Baca juga – realme AIoT Dilancar, Ini Adalah Harga Bagi Semua Peranti Tersebut
Anda boleh tonton acara pelancaran realme AIoT Sports di laman Facebook realme pada 20 Mei 2021.
Sumber: siaran akhbar realme